Offer To Purchase (OTP)


 APAKAH MAKSUD OFFER TO PURCHASE 

1. Jika anda belum pernah membeli sebarang hartanah lagi dan pembelian hartanah ini adalah kali pertama, mungkin anda kurang arif. Info di bawah ini saya ingin share bagi memberikan sedikit sebanyak pengetahuan untuk anda. OTP ini hanya untuk kes pembelian subsale. Kalau project baru, kita panggil booking form.

2. Offer To Purchase (OTP) adalah dokumen untuk membuat tempahan rumah. Sebelum sign pada dokumen ini, sila teliti apa yang tertulis pada dokumen tersebut.

.

3. Pada dokumen ini, terdapatnya maklumat berikut :

    >> Alamat hartanah

    >> Harga jualan

    >> Pembayaran deposit

    >> Pembayaran earnest deposit (di bayar pada agensi syarikat)

    >> Tarikh jangka masa untuk sign SNP

   >>  Tarikh keperluan untuk melengkapkan proses pemindahan nama 

 

4. OTP ini pihak pembeli akan sign terlebih dahulu dengan membuat pembayaran yang di panggil earnest deposit.. Earnest deposit ini akan di bayar ke agensi syarikat sebagai pemegang amanah. Kebiasaanya jumlah pembayaran sebanyak 3.18% dari harga jualan.


5. Selepas pihak pembeli membuat pembayaran atau mengemukakan cheque atau bankes bank kepada ejen tersebut, pembeli akan sign pada dokument sebagai tanda setuju membeli hartanah tersebut dengan syarat2 yang terkandung didalam OTP itu.


6. Selepas itu, tuan rumah pula akan sign pada OTP.  Maka termeterai la perjanjian ini. 


7. Sekiranya ada pihak yang membatalkan perjanjian ini, maka sila rujuk kembali apa syarat2 yang terkandung didalam OTP.


8. OTP ini dalam kata lain pra S&P.


9.Selepas pembeli dan tuan rumah sudah sign OTP.  Maka pembeli boleh membuat pinjaman dengan mengemukakan dokumen ini pada pihak bank.


10. Sekiranya pembeli ada masalah dengan pinjaman bank  disebabkan keengganan bank nak bagi pinjaman selepas sign OTP. maka pembeli boleh menuntut wang deposit kembali berdasarkan syarat2 yg di dalam OTP.


11. Pihak pemegang amanah iaitu agency ejen anda akan memulangkan semula eanest deposit (3.18%) kepada anda.

Comments

Popular Posts