CCRIS & CTOS

 CCRIS dan CTOS


CCRIS dan CTOS. Selalu asyik post iklan dan selfie je kan?hehe


Bila kita nak beli rumah, selalu dua jenis rekod ni disebut oleh sama ada agent atau banker. CCRIS dan CTOS. Apa sebenarnya CCRIS dan CTOS ni?


Bahasa mudahnya, CCRIS dan CTOS ni adalah rekod kesihatan kewangan kita. Bagi peminjam yang mempunyai rekod kewangan yang baik, loan mereka boleh diluluskan seawal hanya 3 hari dari tarikh permohonan.


CCRIS adalah Central Credit Reference Information System.


So, CCRIS ni menyimpan rekod pinjaman kita daripada institusi kewangan yang di bawah kuasa Bank Negara.  Contoh rekod pinjaman yang ada dalam CCRIS ialah pinjaman ASB, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, personal loan dan credit card.


Melalui rekod CCRIS ni, bank boleh tengok macam mana habit pembayaran balik hutang/komitmen oleh peminjam. Maksudnya, dalam rekod CCRIS ni, kita boleh tengok kalau peminjam tu selalu bayar hutang on time tanpa tunggakan atau selalu skip bayaran.


Kalau tengok dalam rekod ni peminjam asyik tak bayar hutang je, atau banyak bulan dah pembayaran balik hutang tertunggak, maka susah la bank nak approve pinjaman loan baru anda.


Laporan CCRIS akan mempamerkan rekod pembayaran balik pinjaman bagi tempoh 12 bulan ke belakang. Kalau ada tunggakan dan kemudian kita bayar tunggakan tu, sistem akan update semula pada setiap 15 haribulan .


Rekod CCRIS yang tak cantik hanya boleh hilang dari dalam laporan selepas 12 bulan dari tarikh kita langsaikan hutang tersebut. Senang cerita, kalau nak permohonan loan kita senang approve, jaga bayaran balik komitmen sedia ada kita sekarang.


CTOS pulak bermaksud Credit Tip Off Service.


Laporan CTOS ni adalah rekod tunggakan hutang kita dengan pihak pemiutang yang selain daripada institusi kewangan di bawah Bank Negara. Contohnya, Aeon Credit, bil Astro, bil Telco dan hutang kedai beli moto.


CTOS ni Sistem Informasi Rujukan. Kita akan kena CTOS jika ada tunggakan hutang dengan pihak pemiutang yang bukan institusi bank. Contohnya Aeon Credit, bil Astro, bil Telco dan pinjam kedai beli motor.


Selain tu, kat laporan CTOS ni ada juga maklumat tindakan undang-undang dan status muflis dan maklumat pemilikan perniagaan.


Rekod CTOS ni akan terhapus lepas 2 tahun sekiranya anda dah buat full settlement. Namun jika selepas buat full settlement hutang dan rekod masih wujud, anda just boleh minta surat pengesahan full settlement dari pemiutang dan submit sekali masa proses mohon loan rumah nanti.


Kesimpulannya, jika nak beli rumah, make sure segala komitmen dan hutang kita dibayar elok sebelum tarikh due setiap bulan. Rekod pembayaran balik yang tak cantik akan menjejaskan peluang anda untuk memperoleh kelulusan pinjaman perumahan kelak.


Boleh share dan like jika bermanfaat.


#tamandesasaujana

#rumahidaman

#LPPSA

#haidahartanahpilihan

Comments

Popular Posts