MENGAPA BELI RUMAH DULU?
MENGAPA BELI RUMAH DULU?
1. Jika kita gila beli kereta dulu ia telah makan kemampuan gaji kita.
2. Jika kita bergaji RM3,000 sebulan, kemampuan kita buat hutang adalah sekitar RM1,200 sebulan.
3. Kita mampu membeli kediaman sekitar harga RM250,000! Masih banyak kediaman begini sebenarnya.
4.Jika kita beli Axia dulu dan bayaran bulanan sekitar RM550. maka kemampuan gaji kita untuk beli rumah semakin kecil
(RM1200-RM550 = RM650)
Dengan baki RM650 kuasa membeli kediaman sekitar RM135,000 sahaja.
5. Itu belum tolak PTPTN, pembiayaan peribadi atau kad kredit. Makin banyak hutang makin gelap peluang.
Beli rumah dulu baru pasang angan angan kereta idaman.
Gegadis suka suaminya merancang masa depan mereka, bukan main ikut kawan tukar sportrim kereta saja.
Credit to tuan Azizul Azli Ahmad
#RumahLebihUtamaDariKereta
#Kongsikan bagi semua orang faham mengapa
Comments
Post a Comment