Apa itu hartanah berstatus FREEHOLD dan LEASEHOLD?

 

šŸ’„Apa itu hartanah berstatus FREEHOLD dan LEASEHOLD? šŸ’„


Mula-mula kita tengok dulu apa itu hartanah FREEHOLD.


⏺ Milikan tanpa tempoh tertentu atau selamanya.


⏺ Status hartanah ditulis di dalam geran. Kebiasaanya pada bawah muka surat pertama geran. Ada perkataan "......selama-lamanya.


⏺ Proses tukar nama lebih cepat. Kebiaanya dalam tempoh 90 hari dari tandatangan perjanjian jual beli.


⏺ Kebiaannya penjual bumiputera bebas jual kepada pembeli non-bumi. Melainkan ada sekatan tertentu yang dikenakan terhadap hartanah tersebut sebagai contoh di sesetengah tempat di Kelana Jaya.


⏺ Ada juga sekatan lain untuk hartanah berstatus freehold contohnya hanya untuk penanaman Getah. Ada juga sekatan untuk dijual kepada bukan warganegara. 


⏺ Maka, perlu periksa semula geran jika ada sebarang sekatan.

.

.

.

Bagaimana pula hartanah LEASEHOLD? 


šŸ”µ Ada tempoh pegangan. Biasanya 99 tahun. Ada sesetengan lebih pendek dan panjang dari itu.


šŸ”µ Dalam geran ada tulis "Pajakan selama 99 tahun berakhir pada......"


šŸ”µ Kebiaannya ada sekatan sebagai contoh "Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri."


šŸ”µ Jika tempoh pajakan tamat, pemilik semasa perlu perbaharui pajakan. Ini ada kiraannya sendiri. Boleh je nak perbaharui serendah RM1,000. Nanti akan dibincangkan pada masa akan datang.


šŸ”µ Proses tukar nama pula lebih panjang. Kurang lebih 90 hari selepas dapat kebenaran tukar hakmilik dari pihak berkuasa negeri. 


šŸ”µ Ini menjadikan proses tukar nama untuk hartanah berstatus leasehold ni boleh jadi dari 6 ke 9 bulan lamanya. Yelah, masuk ke office pejabat negeri sahaja ambil tempoh 3 bulan.

Comments

Popular Posts